
JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia terkejut apabila menemui sejumlah dawai kokot di dalam makanan yang dibelinya dari sebuah kedai.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah2 menunjukkan lelaki terbabit sedang menggaul nasi dengan kuah di rumahnya, baru-baru ini.
Dia terkejut menemukan beberapa dawai kokot tersembunyi di dalam nasinya.
“Banyaknya! Mati kalau dimakan,” kata lelaki berkenaan dalam video itu.
Rakaman tersebut mencatatkan lebih 187,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Usus boleh rosak kalau makan itu!” kata seorang netizen.
“Itu zat besi,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Terkejut jumpa banyak dawai kokot dalam nasi appeared first on Kosmo Online.





