
Mesti kita seram dengar perkataan Saka bukan?
Tapi apa yang saya nak tulis di sini mungkin akan jadi seram. Ya, memang betul seram.
Saya pasti ada yang sudah pun tahu mengenai Kedai Saka yang saya maksudkan.kedai yang bila kita masuk seakan-akan tidak jumpa jalan keluar. Kedai yang seolah-olah memujuk-mujuk akan beli dan terus membeli.
Kedai yang saya maksudkan tak lain tak bukan adalah kedai RM2.40! Dulu harga satu barang adalah RM2. mungkin akibat kadar inflasi yang meningkat, jadi harga meningkat ke 0.40 sen lebih. Ye!! Kedai EcoShop. Di mana SEMUA barang-barang adalah harga RM2.40. Boleh terasa seperti duit tiada isu - kita jalan-jalan dalam kedai, tengok mana yang berkenan, terus amibil , letak dalam bakul.
Dari laman web mereka: https://welcome.eco-shop.com.my/
"Ini adalah Eco Shop.
"Ini kedai RM2.40 di kawasan kejiranan saya!"
ECO Shop ialah jenama harian kepada setiap isi rumah di Malaysia.
Apa yang anda perlu tahu tentang kami bukan sahaja harga, tetapi idea di sebalik jenama, kami menjadikan hidup anda lebih mudah.
Anda akan terkejut bahawa dengan hanya RM2.40, anda boleh membeli lebih daripada apa yang anda jangkakan."'
Macam-macam kategori ada dari makanan, barang-barang keperluan rumah, mainan kanak-kanak (ok ni bahaya bagi saya!), barangan haiwan peliharaan (ok ni juga bahaya buat saya!), hardware, barangan kereta, bahan-bahan untuk membuat kek, air minuman- mineral, soda dan banyak lagi, kudap-kudapan (pun bahaya!). Ok Pendek kata, dia ada semua yang kita tidak perlukan sangat tapi nak beli.
Apa-apa pun strategi pemasaran mereka berjaya. Kita yang tak nak beli, dengan separa sedar tetap jua membeli.
Paling minima dalam bakul kalau boleh kekalkan bawah 10 item memang hebat, akan tetapi ramai gagal dalam membeli barang kurang dari 10. Percayalah. Kalau tak percaya, boleh pergi ke Eco Shop tapi kena kuatkan semangat juang anda!
Pada mula saya mendapati kedai ini menjual barangan RM2, saya agak tidak yakin dengan kualiti barangan yang dijual. Tetapi setelah membeli banyak item dari mereka, saya mula merasakan agak berbaloilah dengan harga yang dipaparkan. Iyalah, takkan kita boleh mengadu tentang kualiti barangan berjenama dengan yang tiada nama? Betul? Tak semestinya begitu.
Saya setakat ini amat berpuas hati dengan wujudnya kedai seperti Eco Shop yang pada saya menawarkan variasi barang-barang untuk para pengguna.Maklumlah sekarang ini ramai yang terasa dengan kadar inflasi dan harga yang semakin meningkat. Rata-rata mereka sudah mula menjadi taraf B40.
Walaupun pernah disindir kerana pergi ke kedai seperti ini, namun saya tidak pernah peduli tentang status quo..
Jadi, kalau mahukan idea dan hadiah untuk resepsi perkahwinan, ide hadiah hari jadi seseorang, membeli kudapan atau biskut atau sekadar mahu membeli garam Himalaya yang bewarna merah jambu itu, boleh la singgah di Eco Shop.
Errmm, saya harap anda dapat menemui jalan keluar dan dengan kedua-dua belah tangan dipenuhi dengan barangan dari sana!
Selamat berkunjung ke Kedai Saka berhampiran anda dan sama-sama merasakan #TheGoodStuff untuk hanya RM2.40!

RJ Eszura adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.



