Pemandangan Gunung Indah Memukau, Nikmati Percutian Santai Di Mesilau Mountain Retreats Kundasang

7 Mar 2023 • 11:57 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ni gunung betul2 di depan mata ya gais~

Pemandangan Gunung Indah Memukau, Nikmati Percutian Santai Di Mesilau Mountain Retreats Kundasang. Kundasang terkenal dengan pemandangan gunung yang indah tetapi terdapat satu retreat anda harus pergi untuk betul-betul menikmati pemandangan.

Mungkin dianggap sebagai retreat paling terdekat dengan pergunungan di kawasan ini, nikmati percutian anda dengan menginap di Mesilau Mountain Retreats.

image is not available
Pemandangan Gunung Indah Memukau, Nikmati Percutian Santai Di Mesilau Mountain Retreats Kundasang

Dikelilingi oleh pemandangan gunung yang menakjubkan

Dianggap sebagai vila mewah, resort ini sesuai untuk kumpulan atau sekeluarga yang ingin bercuti bersama.

Terdapat beberapa bilik/rumah yang boleh disewa, semuanya dilengkapi dengan dapur, ruang tamu yang berasingan dan luas serta balkoni yang menawarkan pemandangan gunung.

Rumah yang tersedia di resort ini terdiri daripada Strawberry Villa (Standard), Morning Glory Villa (Deluxe) dan Agapanthus Villa (Luxury Edition).

Bagi kita orang Asia, jarang sekali kita akan melihat pendiangan atau fireplaceya lah, kita yang hidup di negara tropika ni tak perlu guna benda macam tu. Tapi yang lebih menarik tentang semua villa di sini, setiap rumah ada pendiangan sendiri sebab memandangkan resort ni terletak di Kundasang (lagi-lagi dekat gunung!), malam pasti sejuk.

Sekiranya anda berminat untuk ke sini, anda boleh menempah menerusi pautan ini atau layari laman Facebook atau menghubungi mereka di +60 11-6435 0459 / mmr.oona@gmail.com (e-mel).

Lagi di sini: