Kedai Shawarma Popular Bukit Bintang Kena Serbu Dengan Imigresen [Video]

5 Dec 2023 • 4:59 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Buat segelintir individu, Bukit Bintang merupakan antara kawasan yang sering menjadi tumpuan khususnya buat penggemar makanan dari Timur Tengah.

Antara menu atau hidangan yang popular dan sering mendapat perhatian buat kaki makan di Bukit Bintang adalah Kunafa Crispy, nasi arab dan shawarma.

Kedai Shawarma Terkenal Kena Serbu Dengan Imigresen

Semalam (4 Disember), kecoh di media sosial sebuah kedai shawarma terkenal di Bukit Bintang diserbu oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Menerusi video yang tular, kelihatan sebuah lori Imigresen diletakkan bersebelahan kedai tersebut.

Turut kelihatan beberapa orang pekerja restoran berkenaan menaiki trak itu setelah serbuan dibuat.

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok, difahamkan serbuan itu dibuat kerana pekerja kedai berkenaan didakwa tidak mempunyai permit yang sah.

Malah, turut terdapat beberapa video yang dikongsikan oleh pengguna lain yang kebetulan berada di kawasan berkenaan.

Rata-rata meluahkan rasa terkejut dengan serbuan tersebut dan kecewa kerana terpaksa pulang setelah beratur panjang.

Namun begitu, hasil semakan kami mendapati tiada sebarang kenyataan rasmi daripada JIM berhubung serbuan tersebut.

Video yang tular itu nyata mendapat perhatian daripada warganet. Rata-rata menyokong tindakan pihak berkuasa yang mengambil langkah sedemikian bagi membendung masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Malah, ada segelintir daripada mereka yang menyarankan tindakan yang sama turut diambil oleh pihak berkuasa terutama di kawasan panas seperti Pasar Borong Selayang.

Namun, ada juga yang beranggapan tindakan pihak berkuasa melakukan serbuan ketika operasi perniagaan dijalankan adalah tidak patut.

Berikut antara komen warganet:

Laa, PATI Ke Depa Semua ni? Selama Ini Terang-Terang Berniaga

image is not available

Patut La Denda Sampai Tutup, Penuh Warga Asing Tanpa Permit

image is not available

Dah Macam Takde Kedai Lain, Orang Lain Tengah Buat Kerja Tu

image is not available

Okay La Tu, Rakyat Kita Memang Harap Ketegasan Penguatkuasa Dengan Peniaga Warga Asing Ni

image is not available

Source: