"Pekerja Tiada Permit Ke Tu?" - Kedai Shawarma 'Damascus' Diserbu Pihak Imigresen

5 Dec 2023 • 11:33 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Kalau anda selalu pergi Bukit Bintang, mesti anda sudah kenal dengan beberapa kedai Shawarma yang popular di kawasan tersebut. Terdapat banyak kedai-kedai Shawarma yang viral sehingga ramai yang sanggup ke Bukit Bintang semata-mata untuk mencuba shawarma di kawasan tersebut.

Terkini, dikhabarkan bahawa terdapat sebuah kedai yang tidak pernah lekang dengan pelanggan dikatakan mempunyai pekerja yang tidak mempunyai permit yang lengkap dan sah.

Menerusi sebuah perkongsian di Tiktok @chef_arizal_pitboybbq, dapat dilihat pihak imigresen telah menyerbu sebuah kedai shawarma yang popular iaitu Damascus.

@chef_arizal_pitboybbq

Damascus Bukit Bintang kene operasi

♬ original sound - ChomsBETTA_

Sebuah lagi video juga dikongsi di Tiktok oleh @amirul_70u yang menunjukkan pihak imigresen datang dengan sebuah lori untuk membawa pekerja kedai selepas diserbu pihak berkuasa.

Video yang dimuat naik tersebut telah mendapat perhatian para netizen yang terkejut kerana kedai popular ini masih lagi mempunyai pekerja yang tidak mempunyai permit yang sah.

Dalam pada itu, ramai juga netizen yang berharap lebih banyak lagi penguatkuasaan dibuat oleh pihak berkuasa dalam menangani isu pekerjaan asing tanpa permit dalam negara tanpa mengira pekerja asing dari India, Bangladesh mahupun dari negara Arab.

Sumber: The Vocket