Kedi Wanita Dakwa Jadi Mangsa Cabul 2 Pegawai Kanan Tentera Di Alor Gajah

Entertainment
10 Oct 2023 • 1:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kedi merupakan individu yang membantu membawa kayu golf serta peralatan lain untuk pemain.

Baru-baru ini, seorang kedi wanita mendakwa dirinya menjadi mangsa cabul dua orang pegawai kanan tentera di sebuah kelab golf yang terletak di Alor Gajah, Melaka pada Khamis lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, pihaknya menerima laporan dibuat mangsa yang berusia 21 tahun pada hari sama.

image is not available
Gambar hiasan

Difahamkan, dua orang tentera berpangkat Leftenan Kolonel itu dikatakan melakukan perkara sedemikian dan susulan itu, satu kertas siasatan dibuka bagi membolehkan tindakan lanjut dibuat ke atas pegawai kanan tentera yang bertugas di sebuah kem tentera di Negeri Sembilan.

“Menerusi laporan dibuat itu, mangsa mendakwa dicabul dua lelaki ketika bekerja di kelab golf berkenaan.

Susulan itu, kedua-dua pegawai kanan tentera berpangkat Leftenan Kolonel berusia 51 dan 52 tahun dipanggil bagi membantu siasatan Jumaat lalu,” katanya.

Selain itu, Zainol juga berkata pihaknya turut menerima dua lagi laporan polis berkaitan dakwaan insiden itu yang dibuat suspek berusia 51 tahun dan juga rakan sekerja mangsa.

Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.