Kediaman Rasmi Sanusi Disimbah Cat Merah Biru. Angkara Cari Pasal Dengan JDT?

17 Oct 2022 • 4:59 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Seperti yang kita tahu baru-baru ini Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sering viral di media sosial selepas banyak mencetuskan 'pertelagahan' dengan ramai pihak terutama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pada pagi Isnin, siapa sangka papan tanda di kediaman rasmi beliau telah disimbah dengan cat berwarna biru dan merah.

Setakat ini -- dalang di sebalik kejadian vandalisme kediaman yang terletak di Seri Mentaloon,Jalan Anak Bukit, Pantai Johor, Alor Setar, Kedah itu masih lagi belum diketahui.

Berdasarkan laporan, cat berkenaan mengotori sebahagian besar papan tanda kediaman tersebut selain pokok hiasan berdekatan.

Malah, lampu kecil ‘spotlight’ yang terdapat berdekatan papan tanda berkenaan yang dipasang pada pintu pagar dan difahamkan baru sahaja ditukar, turut terkena tempias cat berkenaan.

image is not available

Terdapat bungkusan plastik dipercayai digunakan untuk mengisi cat sebelum dilemparkan ke arah pagar di lokasi berkenaan.

Pihak polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan memasang pita garisan keselamatan bagi mengelak orang ramai mendekati kawasan terbabit.

Ketika kejadian, Sanusi difahamkan berada di Kuala Lumpur atas urusan rasmi kerajaan negeri.

Sebagai rekod, pertikaman lidah antara Sanusi bersama pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sering menghangatkan perdebatan dalam kalangan penyokong Kedah dan JDT di media sosial.

Namun, tidak dapat dipastikan sekiranya warna cat merah dan biru itu memiliki perkaitan dengan warna pasukan dari selatan tanah air itu.

image is not available

Sumber: Sinar Harian