Pagar Kediaman Rasmi MB Kedah Kena Simbah Cat Biru Dan Merah

17 Oct 2022 • 1:18 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pada pagi ini, kecoh di media sosial mengenai kejadian pagar kediaman rasmi milik Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang telah disimbah cat oleh individu yang tidak diketahui.

Ketika kejadian, Menteri Besar Kedah itu sedang berada di Kuala Lumpur untuk urusan rasmi kerajaan negeri.

Cat biru dan merah

image is not available

Tinjauan oleh wartawan Sinar Harian mendapati, cat berwarna biru dan merah tersebut telah mengotori papan tanda kediaman termasuk pokok hiasan yang berdekatan. Lampu spotlight yang baru sahaja ditukar turut terkena tempias cat.

Bungkusan plastik ditemui dan dipercayai digunakan untuk mengisi cat sebelum dilemparkan ke arah lokasi pagar itu. Hmm, agaknya siapa punya kerja ya?

Kredit: Sinar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.