Satu hantaran di Instagram Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dipersoal oleh individu tentang kedudukannya di tempat ketiga dalam perlumbaan trialthon.
Individu terbabit mendakwa Syed Saddiq menipu dalam acara Kejohanan Triathlon Antarabangsa Desaru 113 di Desaru, Johor pada 7 Julai lalu.
Dalam komen di hantaran berkenaan, lelaki berkenaan juga berasa pelik bagaimana kedudukan Syed Saddiq di depannya pada acara larian sedangkan semasa acara renang dan berbasikal, beliau berada di belakangnya.
Kes apa pulak ni..? YB SS tak nak jawab ke pasal ni..? pic.twitter.com/7Spgtxu3G4
“Saya perasan awak berada di belakang saya semasa berenang. Dan awak tak pernah memotong saya semasa berbasikal, tetapi semasa larian, awak dah ada di depan saya. Macam mana boleh jadi macam tu?
“Dikatakan awak catat masa 2 jam 37 minit untuk jarak yang sama, iaitu 90km. Pelumba terpantas dari Sepanyol pun catat masa 2 jam 31 minit. Awak memang betul-betul laju?” soalnya.
Susulan isu ini tular, menerusi satu kemas kini di laman web keputusan Trialthon Desaru 2024, dicatatkan Syed Saddiq tidak berjaya menghabiskan lariannya. Statusnya adalah DNF (tidak tamat).

Kemenangannya di tempat ketiga baru-baru ini juga berkemungkinan terbatal.
Bagaimanapun, Syed Saddiq dalam hantaran di jaringan X tampil memohon maaf dengan isu tersebut. Katanya terdapat kesilapan terknikal data tersebut.
Hello friends,
I have the latest update & data as requested,
this is the most detailed breakdown lap by lap at every checkpoint which i just received from the technical team.
After cross referencing this with my I watch data, there clearly was a mistake.
And i take full… pic.twitter.com/x6e9w8SeeI
“Saya mempunyai kemas kini dan data terkini seperti yang diminta. Ini adalah pecahan pusingan demi pusingan paling terperinci di setiap pusat pemeriksaan yang baru saya terima daripada pasukan teknikal.
“Selepas merujuk silang ini dengan data I watch saya, jelas terdapat kesilapan. Dan saya bertanggungjawab sepenuhnya untuk itu,” katanya.
“Saya memohon maaf kepada komuniti triatlon. Ya saya masih baharu dan saya berharap untuk bertambah baik. Selepas bercakap dengan penganjur dan wakil teknikal, lebih baik status saya adalah DNF.
“Mereka juga mengakui bahawa ini adalah kesilapan yang jujur,” katanya.
Sumber: JalalMisai, Syed Saddiq
The post Kedudukan bertukar Do Not Finish (DNF), Syed Saddiq mohon maaf, ada isu kesilapan teknikal appeared first on The Reporter.


