Kedudukan Ewon sebagai Pengerusi PH Sabah dipertikai

LocalPolitics
21 Dec 2024 • 2:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Hayati Dzulkifli

Kota Kinabalu: Kedudukan Datuk Ewon Benedict sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah dipertikai berikutan pendedahan bahawa kuota untuk Sabah adalah milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bukannya Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UpKo).

Isu ini dibangkitkan selepas Presiden Upko, Ewon, dipilih sebagai Pengerusi PH Sabah baharu pada 1 Dis 2024, semasa mesyuarat agung PH Sabah yang diadakan pada hari yang sama.

AdvertisementPenyandang Datuk Seri Christina Liew kalah dengan hanya tiga undi.

Mesyuarat dan pemilihan itu dihadiri Pengerusi PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud, Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah Datuk Phoong Jin Zhe dan Pengerusi Amanah Sabah Lahirul Latigu.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Christina, yang juga Pengerusi Biro Politik PKR Sabah, berkata perbincangan mengenai perkara itu masih diteruskan dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan biro itu.

“Sebenarnya ia (perbincangan) sedang berjalan. Sebab itu hujung minggu lepas kami berada dalam kongres parti khas di Kuala Lumpur. Kami mengadakan perbincangan dengan Presiden, Ahli Parlimen dan Biro Politik,” katanya ketika ditemui selepas majlis makan malam PKR Sabah yang diadakan bersama Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahamd pada Khamis.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Mengenai sama ada terdapat sebarang perbincangan dengan pemimpin PH Sabah, Christina berkata beliau akan bertanya kepada Mustapha kerana beliau hanya Pengerusi Biro Politik di bawah PKR Sabah.

Mengenai reaksi Anwar mengenai keputusan pemilihan Pengerusi PH Sabah, beliau berkata soalan itu perlu ditujukan kepada Mustapha.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Christina, yang juga Adun Api-Api, berkata PKR Sabah sedang menumpukan usaha untuk memperkukuh jentera bagi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) akan datang.

“Seperti yang dikatakan oleh naib presiden parti Nik Nazmi dalam ucapannya, fokus kami untuk 2025 adalah untuk bekerja keras bagi PRN17 tahun depan.

“Pilihan raya negeri akan datang tidak lama lagi, dan walaupun terdapat tempoh sembilan bulan lagi, ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Jadi kita kena persiap dan perkukuhkan jentera pilihan raya kita.”

Nik Nazmi, apabila ditemui selepas majlis itu, enggan mengulas.