Kedudukan Kerusi ADUN DAP Berubah Ke Blok Pembangkang

LocalPolitics
15 Jul 2026 • 12:50 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Kedudukan Kerusi ADUN DAP Berubah Ke Blok Pembangkang

MELAKA, 15 Julai (Bernama) — Kedudukan kerusi empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Melaka berubah ke blok pembangkang pada hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.

Kesemua ADUN DAP itu kini ditempatkan bersama ADUN Perikatan Nasional dan Bebas selepas mereka mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) semalam.

Mereka ialah Allex Seah Shoo Chin (PH-Kesidang), Low Chee Leong (PH-Kota Laksamana), Leng Chau Yen (PH-Banda Hilir) dan Kerk Chee Yee (PH-Ayer Keroh).

Bagaimanapun, kedudukan wakil tunggal Parti Amanah Negara (Amanah) yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari (PH-Bukit Katil) pula kekal bersama blok kerajaan, dan dijarakkan daripada empat ADUN berkenaan.

Speaker DUN Melaka Datuk Ibrahim Durum dalam ucapannya berharap kesemua ADUN dapat mengambil bahagian dalam persidangan hari ini dengan penuh disiplin, berhemah, bersopan dan mematuhi peraturan-peraturan dewan.

“… walaupun kedudukan sebahagian daripada ahli-ahli Dewan Undangan telah pun diubah,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon DAP Melaka menangguhkan keputusan parti itu untuk keluar daripada pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka bagi menumpukan kepada pembangunan dan kebajikan rakyat.

Ia susulan tindakan DAP Melaka yang mengumumkan keluar daripada kerajaan negeri serta-merta selepas DUN meluluskan pindaan Perlembagaan negeri bagi membolehkan pelantikan ADUN secara lantikan.

Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong berkata keputusan itu selaras dengan pendirian parti yang menolak rang undang-undang berkenaan kerana didakwa bercanggah dengan prinsip demokrasi dan pilihan raya.

The post Kedudukan Kerusi ADUN DAP Berubah Ke Blok Pembangkang appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved