Itu sumbangan kami! PAS tak menang tak apa, asalkan BN menang -Shahidan

LocalPolitics
15 Jul 2026 • 8:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

PAS menegaskan parti itu memberi sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) di kerusi yang tidak ditandingi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, meskipun tidak memperoleh sebarang kemenangan.

Tegas dan jujur sokong BN

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyatakan pendirian itu telah dinyatakan sejak awal sebagai tanda sokongan kepada BN bagi menghalang kemenangan Pakatan Harapan (PH).

“Kami dengan tegas jujur kami sebut menyokong BN di mana Pas tidak bertanding. Itu sumbangan kami.
“Kami tak menang kerusi tak apa asalkan BN menang. Bukan PH menang,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026 di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Image from: Itu sumbangan kami! PAS tak menang tak apa, asalkan BN menang -Shahidan

 

Pada PRN Johor yang berlangsung 11 Julai lalu, BN mencatat kemenangan besar selepas memenangi 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

PH pula memenangi lapan kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) dan PAS gagal meraih sebarang kemenangan.

Mengulas lanjut, Shahidan yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis III mendakwa sokongan terhadap PH semakin merosot berdasarkan beberapa siri pilihan raya sebelum ini.

“PH kalah dengan teruk. Ditolak di Sabah. Jadi di Negeri Sembilan Insya-ALLAH kita berdoa ditolak dan ditolak di slwuruh Malaysia,” ujarnya.

Image from: Itu sumbangan kami! PAS tak menang tak apa, asalkan BN menang -Shahidan

Sumber: Sinar Harian (Nurul Huda Husain)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved