
TAWAU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menggesa pihak kedutaan Republik Indonesia dan Republik Filipina mempercepatkan proses pengeluaran dokumen perjalanan kepada warga mereka yang ditahan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di negeri ini supaya dapat dipulangkan segera ke negara asal.
Pengarahnya Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, kelewatan urusan itu mengakibatkan tahanan terpaksa ditahan terlalu lama di DTI sehingga empat bulan disebabkan proses pemindahan terkandas tanpa dokumen perjalanan yang sah.
“Misalnya, terdapat 969 tahanan warga Indonesia di DTI Tawau kerana belum menerima Sijil Perjalanan Laksana Pasport (SPLP) daripada Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu dan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Jadi saya mohon pihak kedutaan mempercepatkan proses pengeluaran dokumen diperlukan ini untuk membolehkan tahanan dipulangkan segera ke negara mereka bagi menjalani rutin kehidupan seperti biasa,” katanya.
Sitti Saleha berkata demikian pada sidang media di Pusat Pemeriksaan Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di Terminal Feri Tawau, di sini, pada Khamis, selepas memantau urusan pemindahan tahanan warga Indonesia ke negara asal mereka.
Menurutnya situasi tersebut bukan hanya terjadi di Tawau tetapi turut berlaku di DTI Papar, DTI Sandakan dan DTI Kota Kinabalu.
“Mengikut statistik data dalam 104 siri pemindahan tahanan sehingga 31 Julai setakat ini, seramai 6,454 warga asing sudah dipulangkan ke negara asal melibatkan 224 orang melalui udara dan 6,230 menerusi laut.
“Mereka terdiri daripada 4,989 warga Filipina, 1,283 warga Indonesia, 104 warga Pakistan, 48 warga China, 11 warga Vietnam dan 19 lain-lain,” katanya, sambil berharap semua pihak kedutaan terlibat dapat memberikan kerjasama kepada JIM.
Pada Khamis, 108 tahanan di DTI Tawau melibatkan 82 lelaki dan 26 perempuan berumur 18 hingga 65 tahun dihantar pulang ke Indonesia dari CIQ Terminal Feri Tawau ke Nunukan Kalimantan Utara.

