Keganasan di Selatan Thai berterusan, kedai serbaneka dibom

WorldPolitics
25 Aug 2026 • 11:57 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Keganasan di Selatan Thai berterusan, kedai serbaneka dibom

PATTANI (THAILAND): Keganasan di wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand berterusan buat hari ketiga berturut-turut apabila sekumpulan lelaki bersenjata meletupkan sebuah kedai serbaneka dan menyerang sebuah pusat pemeriksaan di Wilayah Pattani, malam tadi.

Dalam kejadian antara pukul 8 hingga 8.20 malam tadi, pasukan keselamatan turut menahan dua suspek berusia dalam lingkungan 30-an untuk siasatan lanjut selepas pertempuran tidak jauh dari kedai serbaneka yang dibom dan dibakar.

Jurucakap Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, insiden pertama berlaku kira-kira pukul 8 malam apabila empat lelaki bersenjata menyerbu sebuah kedai serbaneka di Ban Ta Bae, Mukim Lanaga, Daerah Mayo.

Katanya, kumpulan itu melepaskan beberapa das tembakan ke udara untuk menghalau pelanggan dan pekerja, sebelum meletakkan bom buatan sendiri (UED) dan bom molotov bertujuan mencetuskan kebakaran besar.

“Sejurus kumpulan itu melarikan diri, satu letupan berlaku disusuli kebakaran yang memusnahkan kedai berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Jurucakap itu memberitahu, kumpulan terbabit bertembung dengan empat anggota renjer yang sedang melakukan rondaan menggunakan kenderaan berperisai menyebabkan berlaku tembak menembak sebelum penyerang melarikan diri dengan motosikal.

Katanya, hasil siasatan lanjut Pasukan Petugas Rejimen Renjer ke-42 kemudian menahan dua suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian itu.

“Dalam kejadian kedua kira-kira pukul 8.20 malam sekumpulan 10 lelaki bersenjata menyerang pangkalan Unit Perlindungan Mukim Langga.

“Pertempuran berlaku beberapa minit sebelum kumpulan terbabit melarikan diri. Setakat ini, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kedua-dua insiden itu,” ujarnya. – UTUSAN

The post Keganasan di Selatan Thai berterusan, kedai serbaneka dibom appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved