Keganasan israel menjadi mimpi buruk kanak-kanak Palestin

31 Mar 2023 • 11:58 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

RAMALLAH: Keganasan tentera israel semasa menceroboh ke wilayah Palestin telah menyebabkan kanak-kanak hidup dalam ketakutan dan kebimbangan yang berterusan.

Defense for Children International – Palestine (DCIP) iaitu sebuah organisasi hak kanak-kanak Palestin tempatan bebas yang berdedikasi untuk mempertahankan dan mendapatkan hak kanak-kanak yang tinggal di Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur, serta Semenanjung Gaza telah mendokumentasikan pengakuan kanak-kanak di Jenin yang trauma dengan tindakan ganas itu.

Kanak-kanak juga digunakan sebagai perisai manusia. Mereka ditahan selama berjam-jam di rumah mereka. Ini telah menjejaskan fizikal dan mental kanak-kanak, menurut laporan itu.

Khaled Quzmar, pengarah DCIP, memberitahu Arab News bahawa kekerasan tentera israel telah menyebabkan kanak-kanak Palestin tidak berasa selamat dan tidak yakin pada masa depan.

“Kanak-kanak hidup dalam keadaan putus asa. Sebagai contoh, seorang kanak-kanak ditemui di kem Dheisheh bergerak dengan surat wasiatnya ditulis pada sekeping kertas di dalam poketnya, kerana dia takut dia akan berada di tempat yang salah pada masa yang salah dan mungkin dibunuh,” katanya.

Setakat ini, 17 kanak-kanak telah terkorban di tangan tentera israel dan ia memberikan kesan yang mendalam kepada kanak-kanak lain sehingga mereka memerlukan sokongan psikologi.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia