Penduduk termasuk kanak-kanak ditembak di kem Aqbat Jabr

28 Mar 2023 • 12:12 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

JERICHO: Beberapa rakyat Palestin, termasuk seorang kanak-kanak, ditembak dan cedera semasa serbuan tentera zionis ke kem pelarian Aqbat Jabr di selatan bandar Jericho, menurut aktivis tempatan Ibrahim Abu Dahook.

Dia memberitahu WAFA bahawa tentera israel menyerbu kem, mengepung sebuah rumah, dan menahan seorang bapa kepada 2 anak lelaki yang terbunuh oleh tentera israel serta mencetuskan pertempuran dengan penduduk.

image is not available
Kredit foto Times of Gaza

Pasukan zionis dengan kejam melepaskan peluru hidup, peluru logam bersalut getah, dan gas pemedih mata ke arah penduduk serta rumah mereka.

Tentera israel melepaskan tembakan dan mencederakan 4 orang, termasuk seorang kanak-kanak dengan menggunakan peluru hidup.

Dua lagi ditembak dan cedera akibat terkena peluru keluli bersalut getah.

image is not available

Majoriti kecederaan adalah di bahagian bawah kaki, menurut Pengarah Hospital Kerajaan Jericho, Nasser Al-Anani.

Pasukan pendudukan israel telah membunuh lebih 90 rakyat Palestin sejak awal tahun, termasuk 17 kanak-kanak bawah umur, dua lelaki warga emas dan seorang wanita serta mencederakan puluhan rakyat Palestin.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia