
TULAR satu video yang menunjukkan sekumpulan remaja sedang bermandi-mandi sambil menikmati keindahan alam di Air Terjun Jami, Kabupaten, Indonesia.
Bagaimanapun, perkelahan lima sekawan itu bertukar detik cemas apabila dua daripada mereka hilang ditenggelami air.
Menurut laporan, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Tazkiyah Wulandari dan Salsabirah Azzahra Allisa, masing-masing berusia 17 tahun.
Berdasarkan kejadian, mangsa dilaporkan hilang sekitar jam 1 petang (waktu tempatan). Proses pencarian bagaimanapun terpaksa dihentikan pada jam 6.30 petang (waktu tempatan) selepas tiada tanda-tanda penemuan mangsa.
Namun, pencarian diteruskan pada keesokan harinya. Akhirnya mayat mangsa ditemui oleh pihak penyelamat pada kedalaman lima meter tidak jauh dari tempat kejadian.


