Seram! Tular Video 2 Remaja Perempuan Tenggelam Ketika Mandi Air Terjun Di Sulawesi Selatan

Entertainment
15 Jul 2024 • 12:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Malang tidak berbau. Siapa sangka dalam kita seronok bermandi-manda dengan rakan dan keluarga, tiba-tiba berlaku kejadian yang tidak diingini.

Inilah yang terjadi dalam satu kejadian di negara seberang apabila dua remaja perempuan berusia 17 tahun dilaporkan mati lemas ketika sedang berenang dekat Air Terjun Jami, Kabupaten Maros di Sulawesi Selatan, Indonesia.

Video detik-detik lemas tular di media sosial

Detik-detik kejadian itu berlaku juga difahamkan sempat dirakam oleh rakan mangsa yang mana videonya kini tular di laman X.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat pada awalnya tujuh orang remaja sedang berenang dan berpegangan tangan membentuk bulatan berdekatan dengan air terjun.

Mereka juga dilihat sedang gembira dan ketawa sebelum ketujuh-tujuhnya dilihat cuba untuk berbaring di atas air sambil berpegangan tangan.

Namun pada saat itu, pegangan masing-masing terlepas hingga menyebabkan mangsa dilihat menghadapi kesukaran untuk berenang dan tenggelam.

Menurut Detik Sulsel, kedua-dua mangsa tidak berjaya diselamatkan dan ditemui meninggal dunia pada Sabtu pagi lepas.

Kedua-dua mangsa ditemui pada kedalaman sekitar 5 meter. Kemungkinan ketika tenggelam (mangsa) tersepit di batu,” kata ketua pasukan penyelamat.

Rakan mangsa yang berada di tempat kejadian berkata, mereka pada asalnya datang 8 orang ke Air Terjun Jami namun yang mandi hanya 6 orang (dalam video kelihatan 7 orang) termasuk dua orang mangsa.

Mayat kedua-dua mangsa difahamkan telah dibawa ke Rumah Sakit Maros dan ahli keluarga mangsa dilaporkan bersedih dengan apa yang berlaku.

Posting di X yang tular mengenai kejadian ini juga menerima pelbagai komen daripada netizen, rata-rata meluahkan rasa sedih dengan apa yang berlaku dan menasihati orang ramai agar berhati-hati jika mandi di tempat airnya dalam.

Al fatihah buat mangsa yang terkorban.

Sumber: X, Detik

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.