Kehadiran Huawei Watch GT 4 Dan FreeBuds Pro 3 Untuk Pasaran Malaysia Diacah Secara Rasmi

TechnologyDigital
29 Sep 2023 • 11:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kehadiran Huawei Watch GT4 dan FreeBuds Pro 3 untuk pasaran Malaysia kini diacah secara rasmi menerusi kemaskini baharu. Pelancarannya dijadualkan berlangsung pada 5 Oktober akan datang dengan butiran penuh yang semestinya didedahkan bersama yang merangkumi harga jualan dan ketersediaan.

image is not available

Pun begitu mana-mana pengguna yang berminat untuk mendapatkan Watch GT 4 sudah boleh menempahnya terlebih dahulu dengan meletakkan deposit sebanyak RM50. Kemudian bayaran penuh pula boleh diselesaikan diantara tarikh 5 – 14 Oktober 2023. Selain turut berpeluang memenangi hadiah menarik sehingga RM19,173 yang termasuk jam tangan pintar itu sendiri.

image is not available

Huawei Watch GT 4 hadir dalam dua pilihan variasi sama ada 41-inci dengan skrin sebesar 1.32-inci. Selain model 46mm yang dilengkapi skrin sebesar 1.43-inci. Kedua-duanya menggunakan panel AMOLED, di samping sensor kesihatan dan kecergasan yang pelbagai. Bateri disertakan pula boleh mencapai 14 hari untuk model 46mm, dan berkurang menjadi 7 hari pada model lebih kecil 41mm.

image is not available

Huawei FreeBuds Pro 3 pula dilengkapi dengan sistem pembatalan hingar aktif 3.0, Huawei L2HC 2.0, penyahkodan audio dwi-definisi tinggi LDAC dan pensijilan Hi-Res untuk sokongan audio lebih baik. Bateri disertakan pula boleh bertahan sehingga 31 jam penggunaan dengan bantuan pod pengecas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved