Siri Garmin Venu 3 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM2,220

TechnologyDigital
27 Sep 2023 • 1:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Garmin kini mengumumkan ketersediaan rasmi untuk jam tangan pintar baharunya iaitu Venu3 dan Venu3 Pro di Malaysia. Anda yang berminat sudah boleh membelinya pada harga RM2,220 seutas menerusi pengedar sah mereka, sama ada secara dalam mahupun luar talian.

image is not available

Kedua-dua jam tangan ini menampilkan rekaan yang serupa dengan kerangka bulat dan tali silikon. Namun begitu kedua-duanya menawarkan saiz skrin yang berbeza iaitu sebesar 1.4-inci AMOLED digunakan pada Venu 3, sementara itu Venu 3S lebih kecil dengan skrin sebesar 1.2-inci AMOLED.

image is not available

image is not available

Melengkapi kedua-duanya juga adalah sensor kesihatan dn kecergasan terbina termasuklah kadar denyutan jantung, pemantauan pola tidur, SpO2, tekanan harian dan banyak lagi. Namun paling menyerlah ialah jurulatih tidur serba baharu dan mod kerusi roda terbina.

image is not available

image is not available

Selain itu ia juga menyokong lebih 30 mod sukan terbina, kalis air 5ATM dan kebolehan membuat panggilan bluetooth. Ketahanan bateri pula boleh bertahan sehingga 14 hari untuk Venu 3, sementara itu Venu 3S boleh digunakan sehingga 10 hari dalam mod jam tangan pintar.

image is not available