Selepas ditemui tersenarai menerusi SIRIM kini kehadiran iQOO 12 mula diacah secara rasmi di Malaysia. IQOO mengatakan ia boleh menjadi telefon pintar mercu yang pertama di Malaysia menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3 sekaligus memberi petanda pelancarannya boleh diadakan tidak lama lagi. Buat masa ini IQOO masih terus berteka-teki mengenai tarikh pelancaran dan ketersediaan rasmi di Malaysia namun dijangka boleh didedahkan dalam masa terdekat.

Selain daripada cip terkini Snapdragon 8 Gen 3, antara ciri menonjol lain yang turut dimuatkan pada peranti termasuklah skrin berkadar segar semula 144Hz dan kamera utama dengan sensor bersaiz 1/1.3. Bukan itu sahaja bahkan bateri pada peranti juga menyokong sistem pengecasan pantas 120W, di samping melepasi penarafan kalis air IP68 untuk pelindungan tambahan. Seperti biasa, sama-sama nantikan pelancaran rasmi untuk ketahui lebih lanjut termasuk harga jualan di Malaysia.



