
Generasi baharu Oppo Reno15 akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Perkara ini didedahkan oleh Oppo melalui laman web rasminya dengan pelancaran dijadualkan pada 6 Januari 2026. Pratempahan awal peranti turut dibuka sehingga 5 Januari 2026 dengan deposit sebanyak RM50.

Tempahan awal hadir bersama hadiah bernilai RM1157 yang merangkumi rebat segera RM50, Oppo Crossbody Lanyard, kabel type-C serta 500 mata ganjaran. Selain daripada itu, pembeli boleh menambah sebanyak RM99 untuk mendapatkan Oppo Watch S yang asalnya berharga RM799. Sebanyak dua model ditawarkan iaitu Standard dan Pro namun spesifikasinya masih belum dipastikan sama ada sama seperti versi pasaran China atau sebaliknya.



