Kehadiran ‘Raja Bomoh’ Renjis ‘Sesuatu’ Di Lokasi Tanah Jerlus Undang Perhatian Ramai

LocalEntertainment
29 Aug 2024 • 1:21 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Raja bomoh tanah jerlus

Kecoh di media sosial mengenai seorang wanita warga India yang terjatuh ke dalam lubang benam di sekitar Masjid India baru-baru ini.

Terbaru! Kehadiran Raja Bomoh, Dato Ibrahim Mat Zin yang dilihat merenjis ‘sesuatu’ di lokasi kejadian telah mengundang perhatian ramai.

Menurut laporan Harian Metro, kehadiran Ibrahim dikatakan adalah untuk membantu mencari mangsa yang sehingga ke hari ini masih belum ditemui.

Saya datang ke sini sebab saya lihat mereka (pasuka menyelamat) sudah berhari-hari menjalankan usaha pencarian, namun masih belum menemui mangsa.

Justeru saya mahu membantu pencarian mangsa menggunakan kaedah tertentu sekiranya dibenarkan pihak berkuasa.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa telah menghalangnya untuk masuk ke kawasan kejadian itu. 

Saya datang sini bawa ‘air belaga’. Air ini kita bawa nak siram tempat itu (lokasi kejadian). Kita ambil air ini dekat Pulau Sembilan, Beting Beras Basah’.

Dia dilihat merenjis air yang disimpan dalam labu air berwarna hitam di sekitar kawasan kejadian.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro