Tanah Jerlus Masjid India: Jangan Degil! Orang Awam Diminta Jauhi Kawasan Larangan

29 Aug 2024 • 7:26 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Jangan Degil!

Orang awam disaran menjauhi lokasi insiden tanah jerlus  yang mebgakibatkan kematian wanita warganegara India Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, ini ekoran kerjakerja-kerja di dua lokasi iaitu tanah jerlus dan mendapan yang sedang dijalankan .


"Saya nak ingatkan kepada semua orang awam patuhi arahan ditetapkan kerana  kita masih lagi menutup laluan sepanjang Jalan Masjid India bermula dari lokasi kejadian sehingga ke Semua House, bagaimanapun dilihat masih ramai yang tidak mengikuti arahan ini.

"Penutupan ini dijalankan untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku," katanya menerusi sidang akhbar di Jalan Masjid India pada Khamis petang tadi.

Katanya, elakkan melalui pita keselamatan yang diletakkan di mana-mana kawasan.

"Patuhi nasihat anggota polis, jangan sewenangnya melalui kawasan yang tidak dibenarkan.

"Saya harap tiada orang awam yang melanggar peraturan pihak berkuasa,"katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved