Kehadiran Siri Vivo V30 Untuk Pasaran Malaysia Diacah Secara Rasmi

TechnologyDigital
6 Mar 2024 • 8:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo mengumum bahawa peranti baharu siri V30 akan ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Sebanyak dua versi akan disediakan yang termasuk Vivo V30 dan V30 Pro dengan peningkatan yang menarik. Salah satu daripadanya ialah sokongan kamera ZEISS pada V30 Pro sekaligus menjadikannya antara peranti Vivo terawal selain siri X yang menyokongnya.

image is not available

Selain itu sokongan Aura Light menerusi lampu terbina di belakang kedua-dua peranti turut dinaiktaraf dengan saiz lebih besar dan sekata untuk pencahayaan lebih semula jadi. Diikuti juga kemampuan menyesuaikan kecerahan dan suhu mengikut jarak subjek untuk penghasilan semula gambar lebih memuaskan. Tubuh pula sepenuhnya melengkung dengan paparan yang berkadar segar semula 120Hz. Kemudian bateri 5000mAh juga digunakan sebagai pelengkap peranti ini.

image is not available

Disaat ini Vivo cuba berahsia mengenai tarikh pelancaran. Namun semakan kami mendapati ia telah pun disenaraikan melalui laman web rasmi yang dijadualkan berlangsung pada 13 Mac 2024. Justeru itu butiran penuh yang termasuk harga jualan sudah tentunya akan dikongsikan bersama kelak.