Realme 12 Pro+ 5G Dan 12+ 5G Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula RM1,499

TechnologyDigital
29 Feb 2024 • 8:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Realme 12 akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia sebulan selepas ia dilancarkan di India. Peranti memberikan tumpuan kepada rekaan premium bergaya dengan prestasi fotografi yang memuaskan. Kita mulakan dahulu dengan Realme 12 Pro+ 5G menampilkan kemasan anggun dan estetik yang rapi dengan kerjasama pereka jam tangan mewah antarabangsa iaitu Ollivier Savéo.

image is not available

Realme 12 Pro+ 5G dilengkapi skrin 6.7-inci beresolusi 2412 x 1080 (FHD+) dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 7s Gen 2, memori sehingga 12GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan 67W. Sistem operasi pula ialah Realme UI 5.0 yang berasaskan Android 14.

image is not available

Seterusnya sensor utama lensa sudut lebar 50MP Sony IMX890 dengan OIS digunakan. Diikuti pula sensor periskop potret 64MP (OmniVision OV64B) dan ultra-lebar sebesar 8MP sebagai pelengkap. Rakaman video maksimum 4K/30fps ditawarkan pada peranti, selain juga terdapatnya kamera swafoto sebesar 32MP.

image is not available

image is not available

Peranti juga boleh didapati dalam dua pilihan warna seperti Submarine Blue dan Navigator Beige. Digabungkan pula dengan panel belakang berasaskan kulit bersama modul kamera berbentuk bulat. Modul kamera ini telah direka semula oleh Saveo bagi menjadikannya nampak seperti kerangka jam tangan.

image is not available

Sementara itu Realme 12+ 5G dilengkapi skrin 6.7-inci beresolusi 2412 x 1080 (FHD+) dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Dimensity 7050, memori 12GB RAM, storan 256GB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan 67W. Sistem operasi pula ialah Realme UI 5.0 yang berasaskan Android 14.

image is not available

Seterusnya sensor utama lensa sudut lebar 50MP Sony LYT-600 dengan OIS digunakan. Diikuti pula lena ultra sudut lebar 8MP dan makro 2MP. Di hadapan pula kamera swafoto 16MP pula digunakan. Maka perbezaan antara kedua-dua model terletak pada cip pemproses dan konfigurasi kamera

image is not available

Di Malaysia Realme 12 Pro+ 5G dijual pada harga RM1699 untuk model 8/256GB dan RM2099 untuk model 12/512GB. Sementara itu Realme 12+ 5H pula dijual pada harga RM1499. Sempena jualan Festival 3.3 kelak, Realme 12 Pro+ 5G (8/256GB) boleh dibeli pada harga promosi RM1599. Selain itu Realme juga menawarkan promosi dengan hadiah menarik seperti yang dapat dilihat di bawah.

Peranti Dan KonfigurasiHargaPromosi Jualan Awal (1 Mac – 14 Mac)
Stor rasmi Shopee, Lazada and TikTok StoresStor jenama Realme dan pengedar sah
Realme 12 Pro+ 5G (Submarine Blue, Navigator Beige)8GB+256GBRM1,699Harga 3.3 Festival
RM1,599
Harga biasa: RM1,699
Hadiah Percuma: Jaminan tambahan 1 tahun
N/A
12GB+512GBRM2,099Hadiah Percuma: Techlife Smartwatch T17C, Techlife X60 Earbuds, Jaminan tambahan 1 tahunHadiah Percuma: Techlife X60 Earbuds, Jaminan tambahan 1 tahun
Realme 12+ 5G (Pioneer Green, Navigator Beige)12GB+256GBRM1,499Hadiah Percuma: Techlife Smartwatch T17C, Techlife Wireless Earbuds, Jaminan tambahan 1 tahunHadiah Percuma: Techlife Wireless Earbuds, Jaminan tambahan 1 tahun