Kehadiran Xiaomi 13 Ultra untuk pasaran Malaysia akhirnya diacah secara rasmi menerusi kemaskini baharu di Facebook. Namun persoalan mula timbul mengenai tarikh pelancaran rasmi apabila lebih banyak maklumat mengenai peranti hanya akan didedahkan pada 20 Jun akan datang. Dalam masa sama, penawaran sepenuhnya juga masih belum dapat dipastikan buat masa ini.

Xiaomi 13 Ultra merupakan peranti berspesifikasi mercu yang dijana cip terkini Snapdragon 8 Gen 2. Ini didapankan pula dengan skrin AMOLED 6.74″ 120Hz yang juga menyokong keterangan maksimum 2600nits. Bateri sebesar 5000mAh digunakan dengan pengecasan pantas 90W, nirwayar 50W dan berbalik 10W.
Sistem kamera utama terdiri dengan 50MP 1″ Sony IMX 989 (OIS) + 50MP Sony IMX8585 (ultra-lebar)+ 50MP Sony IMX858 telefoto (zum optikal sehingga 3.2) (OIS) + 50MP Sony IMX858 (zum optikal sehingga 5X). Peranti juga mempunyai kamera swafoto 32MP, di samping ciri IP68 dan pembesar suara stereo.
