Spesifikasi Penuh Vivo Y36 5G Diperlihatkan Melalui Laman Rasmi Vivo Malaysia

TechnologyDigital
12 Jun 2023 • 5:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Vivo Malaysia mengemaskini halaman rasmi dengan menambah sebuah produk baharu di bawah siri Y. Dikenali sebagai Vivo Y36 5G, spesifikasi penuh telah diperlihatkan terlebih dahulu bersama reka bentuk rasmi. Namun persoalan mengenai harga jualan mula timbul apabila ia hanya akan diketahui selepas pelancaran rasmi pada 13 Jun ini.

image is not available

Vivo Y36 5G merupakan sebuah peranti 5G dengan janaan cip Dimensity 6020. Ini dipadankan pula dengan pilihan memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri 5000mAh digunakan yang juga menyokong pengecasan pantas 44W FlashCharge.

image is not available

Dalam pada itu, peranti juga memuatkan sistem dwi-kamera 50MP (utama) + 2MP (bokeh) di belakang dan kamewa swafoto 16MP. Kesemua ini telah dimuatkan kedalam sebuah peranti dengan skrin 6.64-inci LCD FHD+ tanpa kebolehan kadar segar semula yang tinggi.