Kehamilan masuk trimester kedua, Eyra Hazali kongsi berita bakal timang anak ketiga. Tiada rezeki dapat kembar

Entertainment
29 May 2024 • 8:18 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

PELAKON Eyra Hazali berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata ketiga apabila kini hamil enam bulan.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman YouTube ini, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 23, dilihat memberikan kejutan berkongsi kit ujian kehamilan positif kepada suami, Muhammad Haziq Nadzli.

Pelakon drama Nur 2 itu melakukan beberapa kali ujian kehamilan menggunakan kit ujian berbeza sehingga dua daripadanya terpapar keputusan positif satu hingga dua minggu.

image is not available

“Bismillahirrahmanirrahim,

“Adding a little more love to our family. Baby number three is on the way !

“Di sini Eyra minta doa-doa baik daripada semua untuk kami sekeluarga as our little bean will be here in 4 months. Terima kasih semua,” katanya.

image is not available

Dalam pada itu, Eyra juga mendedahkan kehamilannya itu adalah kembar, namun salah seorang tidak berkembang.

“Rupanya dua anak Mama dan Papa tapi tiada rezeki, satu tak jadi. Tinggal satu sahaja.

“Tak apa, kami masih bersyukur atas rezeki ini. Terima kasih ALLAH,” katanya.

image is not available

Sekadar info, Eyra dan suami yang juga merupakan penjaga gol pasukan Perak FC mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish dan Endra Haqimie.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!