Kehendak Majoriti! STAR Sokong Kerajaan Perpaduan Sabah Demi Kestabilan Politik

LocalPolitics
12 Dec 2025 • 12:16 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan berkata keputusannya untuk menyokong kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai ahli dewan undangan negeri (ADUN) itu berdasarkan ‘kehendak majoriti’ ahli parti dan ketua-ketua bahagiannya.

Katanya, ia adalah demi kestabilan politik kerana gabungan yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Noor tidak memenangi kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan sendiri.

Sokong Kerajaan Perpaduan

image is not available

“GRS mencadangkan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan demi kestabilan politik, yang juga menjadi kehendak STAR.
“Oleh itu, adalah wajar untuk menyokong kerajaan perpaduan ini. Lagipun, pilihan raya sudah selesai dan kini tiba masanya untuk berkhidmat untuk rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Tegasnya lagi, keputusan itu tidak bermakna STAR meninggalkan perjuangannya, malah parti itu sentiasa konsisten dalam memperjuangkan hak Sabah, sama ada berada dalam kerajaan atau pembangkang.

Sokong Kerajaan Perpaduan

image is not available

Walaupun pelantikan ADUN STAR, Ishak Ayub, sebagai pembantu menteri diumumkan kemudian pada hari itu, Jeffrey menegaskan beliau akan kekal dalam pembangkang.

Dalam satu kenyataan berasingan, Jeffrey berkata, ‘Kita bukan duduk dalam GRS, kita bantu GRS tubuh kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik selepas PRU17 sebab itulah yang rakyat inginkan berpandukan kepada keputusan pilihanraya.’

Sumber: Facebook @Jeffrey G. Kitingan Page 

The post Kehendak Majoriti! STAR Sokong Kerajaan Perpaduan Sabah Demi Kestabilan Politik appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved