Kehilangan Anak Akibat Kecuaian Taska Tahun Lalu, Pasangan Ini Kini Dikurniakan Kembar 3

LocalFamily & Parenting
25 Oct 2025 • 1:47 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Masih ingatkah lagi anda dengan kisah seorang bayi lelaki comel berusia lapan bulan, Muhammad Al Fateh yang maut akibat kecuaian pihak taska pada tahun lalu? Lebih menyayat hati apabila bayi tersebut merupakan permata hati yang ditunggu-tunggu oleh ibu bapanya selama 13 tahun.

Terkini, ibu bapa bayi berkenaan difahamkan telah menimang cahaya mata kembar tiga baru-baru ini.

Berita gembira itu dikongsikan oleh bapa Allahyarham bayi Al Fateh, Mohd Fikri Amri menerusi Facebook semalam.

image is not available

Menerusi perkongsian di Facebook itu, Mohd Fikry mengucapkan syukur ke hadrat ilahi kerana dia dan isteri, Sabrina Hakiem telah selamat menimang tiga orang cahaya mata (bayi kembar tiga perempuan) pada hari Jumaat 24 Oktober 2025 semalam.

image is not available

Pasangan ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua doktor, jururawat dan kakitangan Hospital Melaka yang telah bertugas membantu isterinya ketika suri hatinya itu berada di hospital selama 73 hari untuk pemantauan hospital sebelum bersalin.

Difahamkan, pasangan ini telah mendapat tajaan IVF daripada Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Bapa Al Fateh ini juga turut meluahkan kerinduannya kepada arwah anaknya, Al Fateh.

“Al Fateh pasti tersenyum di taman syurga tengok mummy daddy dia sekarang ni. Rindu pada Al Fateh. Hari jumaat Al Fateh dijemput menghadap penciptaNya, jumaat juga Allah hadirkan puteri² adik al Fateh kepada kami.

“Perancangan Allah adalah yang terbaik. Syukur dengan nikmatNya. Rezeki berganda datang pelbagai cara. Jangan pernah jemu memohon pertolongan kepada Allah SWT,” tulisnya.

Sumber: Facebook Mohd Fikry Amri

Sumber: Facebook Mohd Fikry AmriSumber: Facebook Mohd Fikry Amri

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.