
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Berita pemergian isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada pagi tadi nyata mengejutkan ramai pihak.
Allahyarhamah Dr Hasmah yang berusia 100 tahun dilaporkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi tadi.
Baca Artikel Berkaitan: Tun Dr Siti Hasmah Meninggal Dunia Di IJN Pagi Ini, Hembus Nafas Terakhir Pada Usia 100 Tahun
Pemimpin Zahir Rasa Sedih Dengan Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Sifatkan Ia Satu Kehilangan Besar
Pemergian Allahyarham disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat negara atas bakti yang pernah ditaburkan beliau sepanjang hayatnya.
Malah, individu dari pelbagai latar belakang termasuk pemimpin serta kenalan turut merasai dengan pemergian arwah yang diberi gelaran Ibu Negara itu.
Antaranya adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menzahirkan ucapan takziah dan turut berduka dengan pemergian Allahyarhamah.
Selain Anwar, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan keluarga turut merasai pemergian Allahyarham serta menyifatkan ia satu kehilangan yang amat besar.
“Ini sangat besar kerana Allahyarham menjadi wanita pertama selama 22 tahun. Tentunya kami merasakan kehilangan yang teramat sangat kerana Allahyarham telah banyak menabur jasa, terutamanya dalam kalangan wanita dan ahli-ahli Bakti,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.
Turut terkesan dengan pemergian Allahyarham Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta tunang, Bella Astillah.
Syed Saddiq yang merupakan Ahli Parlimen Muar berkongsi rasa sedih apabila hajat Allahyarham untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka pada 10 Oktober ini tidak kesampaian.
Malah, Syed Saddiq juga berkongsi beberapa foto kenangan dia dan Bella bersama Allahyarham ketika pertemuan mereka pada empat hari lalu di kediaman bekas Perdana Menteri itu.
Isteri Pemimpin Turut Zahir Ucapan Takziah
Bukan hanya sekadar barisan pemimpin, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga tidak ketinggalan merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir serta keluarga atas pemergian Allahyarham.
Jelas Wan Azizah, pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat negara, khususnya dalam bidang kesihatan awam, pembangunan masyarakat dan pemerkasaan wanita.
Malah, isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor turut meluahkan rasa dukacitanya dengan pemergian Almarhumah.
Rosmah dalam satu hantaran di Facebook menjelaskan mereka berdua mempunyai banyak kenangan bersama.
Pemimpin Luar Negara & Wakil Negara Luar Juga Zahir Ucapan Takziah
Bukan hanya sekadar pemimpin dan rakyat tempatan sahaja yang turut merasai kehilangan, pemimpin serta wakil negara luar juga turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham.
Antaranya adalah Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong yang menganggap Dr Siti Hasmah sebagai seorang wanita yang mesra, berbudi bahasa, ceria dan memiliki sifat humor yang menyenangkan.
“Ho Ching dan saya akan sentiasa mengenang Tun Dr Siti Hasmah dengan penuh kasih,” katanya.
Malah, Lee turut mengenang perbualannya bersama Dr Siti Hasmah tentang minat Allahyarham terhadap muzik dan biola.
“Saya masih ingat berbual dengan Tun Dr Siti Hasmah mengenai persembahan biolanya di Istana Budaya, ketika beliau bermain untuk tujuan kebajikan.
“Beliau terus membuat persembahan sehingga usia 90-an, termasuk bagi mengumpul dana untuk kebajikan. Semangat hidup beliau amat mengagumkan,” kata beliau.
Selain Lee, wakil kedutaan dari negara luar antaranya Duta Besar Jepun ke Malaysia Shikata Noriyuki dan Kedutaan Rusia turut menzahirkan ucapan takziah buat Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian Allahyarham.
Selebriti Tanah Air Turut Rasai Kehilangan, Kongsi Momen Bersama Arwah
Bukan hanya barisan pemimpin, selebriti tanah air turut merasai pemergian Allahyarham.
Antaranya adalah biduanita yang juga penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Malah, Siti dalam video yang dikongsikan di Instagram miliknya dilihat gagal menahan sebak dan mengusap air mata sebelum mengucup jenazah.
View this post on Instagram
Selain itu, penyanyi, Shila Amzah dalam satu hantaran di Threads turut menzahirkan ucapan dan rasa sedihnya dengan berita pemergian Dr Siti Hasmah.
Dalam hantaran sama, Shila berkongsi momen bermakna bersama Dr Siti Hasmah ketika pelancaran album pertama pada tahun 1999.
View on Threads
Selain mereka, terdapat ramai lagi figura umum yang turut terkesan dengan berita pemergian Allahyarhamah Dr Siti Hasmah dan menzahirkan rasa dukacita di media sosial.
View this post on Instagram
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan:
Belasungkawa: Biodata & Perjalanan Hidup Permata Negara, Tun Dr Siti Hasmah

![[VIDEO] Gagal peperiksaan, Tun M tawar tuisyen percuma kepada Tun Siti Hasmah](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-28-at-11.28.45-PM-1024x650.jpeg)




