Kehilangan Pempengaruh Masih Belum Terungkai, Kereta Ditemui Tenggelam Dalam Sungai

16 Jul 2025 • 9:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kehilangan seorang pempengaruh masih belum terjawab apabila kereta miliknya ditemui tenggelam di Sungai Tui, Bukit Kepong, Muar, Johor, semalam.

Mangsa, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, dikatakan keluar dari rumahnya di Jalan Setia Indah 7/6, Johor Bahru kira-kira jam 9.30 pagi menuju ke Parit Bakar, Muar untuk membaiki kereta.

image is not available

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan sebuah kereta berwarna putih di dalam sungai berhampiran kawasan kebun kelapa sawit kira-kira jam 3 petang.

“Siasatan awal mendapati kereta tersebut milik mangsa yang kali terakhir dilihat ketika keluar rumah untuk membaiki kenderaan.

“Setakat ini, operasi mengeluarkan kenderaan sedang dijalankan dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh serta Muar, namun mangsa masih belum ditemukan,” katanya dalam