Keith Foo Kongsi Perkembangan Rancangan Kahwin Dengan Riena Diana – “Kami Tengah…”

17 Nov 2026 • 3:20 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Keith Foo Kongsi Perkembangan Rancangan Kahwin Dengan Riena Diana – “Kami Tengah…”

Pelakon Keith Foo mengakui mempunyai perancangan bersama kekasihnya, aktres Riena Diana untuk membawa hubungan mereka ke arah lebih baik.Keith berkata, mereka kini berusaha saling memahami dan memberikan sokongan meskipun masing-masing mempunyai kesibukan.“Insya-Allah, doakan yang baik-baik. Kami pun ada perancangan sendiri juga. Buat masa sekarang, Riena pun agak sibuk juga.“Sekarang kami cuba sebaik mungkin untuk saling memahami dan menyokong antara satu sama lain, ke arah sesuatu yang lebih baik. Doakanlah, kami pun tengah berusaha,” ujarnya sambil ketawa.Bagaimanapun, Keith tidak memperincikan tarikh atau perancangan lanjut mengenai perkahwinan mereka.Untuk rekod, Riena dan Keith mula menjalin hubungan cinta sekitar Jun 2024 selepas terlibat dalam penggambaran drama Salju Rindu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved