
Kejadian Arus Deras Dilapor Berlaku Di Kawasan Sekitar Kereta Kabel Langkawi, Telaga Tujuh
Kawasan di sekitar Kereta Kabel Langkawi (Skycab) dilapor telah dilanda arus deras susulan hujan lebat yang melanda kawasan itu, hari ini.
Beberapa video yang merakam situasi arus deras di kawasan tersebut dan di Air Terjun Kepala Tujuh turut menjadi tular di media sosial.
Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna media sosial, kelihatan sebuah kereta jenis Nissan Almera dipercayai tanpa penumpang di tempat letak kenderaan dihanyutkan arus.
Selain itu, air sungai di kawasan berkenaan turut melimpah dan mengalir deras ke beberapa kedai kecil di situ dengan sebuah kafe ditenggelami air.
Video terbabit turut memaparkan kalangan pengunjung dilihat berteduh di salah satu bangunan di situ.
@abdhalim078 23/08/24 (14.20 pm) Cable car langkawi banjir kilat, semoga Allah selamat kan semua
The post Kejadian Arus Deras Dilapor Berlaku Di Kawasan Sekitar Kereta Kabel Langkawi, Telaga Tujuh appeared first on Siakap Keli.



