Kejadian Babit Pengarah Ejen Ali Tiada Kaitan Dengan Pergaduhan, Disyaki Alami ‘Sakit Misteri’

LocalEntertainment
25 Sep 2025 • 5:17 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis mengesahkan insiden kematian pengarah animasi popular Ejen Ali yang ditemukan lemas selepas terjun ke sungai di Kampung Batu Puteh, Kinabatangan, tidak mempunyai kaitan dengan sebarang pergaduhan.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan D Ravi, menjelaskan mangsa dipercayai tiba-tiba keluar dari kereta sebelum kali terakhir dilihat berada di jambatan sungai Kampung Batu Puteh.

Tiada kaitan dengan pergaduhan

image is not available

“Tidak (ada insiden) gaduh (dengan isteri).

“Tiba-tiba sampai jambatan, mangsa arahkan isteri memberhentikan kereta dan lari keluar (sebelum kali terakhir dilihat di jambatan sungai),” katanya.

Mangsa dikenali sebagai Andi Abdul Ghani Kadir, 42, disyaki mengalami ‘sakit misteri’ sebelum dilaporkan hilang selepas terjatuh ke sungai dalam kejadian pada petang Selasa lalu.

Tiada kaitan dengan pergaduhan

image is not available

Semalam, Andi ditemui meninggal dunia di tepi sungai Kampung Batu Putih, Kinabatangan, Sabah.

Difahamkan, Andi dilaporkan hilang sejak petang Selasa selepas terjun dari jambatan di kawasan berkenaan.

Sebelum kejadian, mangsa dan isterinya dilaporkan terbabit dalam sebuah kemalangan ketika dalam perjalanan dari Tawau menuju ke Kota Kinabalu.

Sumber: Harian Metro (Poliana Ronnie Sidom)

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved