Kejadian Lubang Benam dI Pulau Pinang Bukan Disebabkan Projek LRT

6 Nov 2025 • 6:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri menafikan beberapa insiden lubang benam yang berlaku di Pulau Pinang  dikaitkan dengan pembinaan projek Transit Aliran Ringan (LRT) yang dijalankan.

Pengerusinya, , Zairil Khir Johari, berkata, ada yang berpunca daripada paip lama milik IWK yang sudah uzur iaitu daripada tahun 60-an lagi.

Terdahulu, media melaporkan Jalan Kenari, Bayan Lepas  ditutup kepada semua kenderaan bagi memberi laluan kepada kerja pembaikan selepas kejadian lubang benam selebar lima meter di kawasan berkenaan.

Kerja pembaikan lubang benam di lokasi terbabit dijangka siap pada Isnin ini, namun tertakluk kepada perubahan dan perkembangan semasa di lokasi.

image is not available

Difahamkan, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sedang menjalankan ujian berkaitan bagi mengesan punca kebocoran dengan lebih tepat.

Zairil berkata, siasatan awal menunjukkan terdapat dua jajaran paip bawah tanah milik PBAPP dan IWK berhampiran lokasi kejadian yang berukuran lima meter panjang, 3.5 meter lebar dan hampir dua meter dalam.

Katanya, kerja pengorekan dan siasatan di tapak mengambil masa kerana paip milik IWK terletak kira-kira 6.4 meter di bawah permukaan tanah.

"Hasil pemeriksaan Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati kejadian itu hanya menjejaskan kawasan Jalan Kenari dan tidak merebak ke kawasan lain di sekitar Sungai Ara.

"Kita beri jaminan setakat pemantauan semasa, tiada risiko tambahan atau penularan mendapan baharu dikesan di kawasan sekitar," katanya.