Kejadian Tanah Jerlus: Ada Gas Beracun Dalam Pembetung, Hanya Seorang Anggota Sahaja Dibenarkan Masuk Untuk Mencari Mangsa

24 Aug 2024 • 3:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Usaha mencari seorang wanita yang terjatuh ke dalam tanah jerlus di kawasan Masjid India di ibu negara kini masih lagi sedang giat dijalankan oleh pasukan Bomba dan Angkatan Pertahanan Malaysia.

Terkini, memetik laporan Astro AWANI, terdapat gas beracun di dalam pembentung di bawah tanah dan ini menyebabkan hanya seorang sahaja anggota dibenarkan masuk ke dalam manhole atau lurang untuk mencari mangsa.

image is not available

Perkara itu dikongsikan oleh Fatta M Amin iaitu Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kuala Lumpur.

Kini, paras air air bawah tanah itu tidak terlalu tinggi dan arus air tersebut juga tidak begitu deras namun petugas operasi SAR (Search and Rescue) masih tetap perlu berhati-hati.

Memandangkan ada gas beracun di dalam pembentung di bawah tanah itu, seorang anggota yang masuk ke dalam manhole itu juga dilaporkan memakai sut lengkap agar dapat mengelakkan dari terhidu gas beracun itu.

Difahamkan, meskipun saiz pembentung itu besar, namun hanya seorang petugas yang memakai sut lengkap sahaja masuk untuk mencari mangsa untuk mengelak kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Orang awam juga digesa agar tidak mengunjungi kawasan Masjid India dan sekitarnya sebagai langkah keselamatan.

image is not available

Sama-sama kita doakan keselamatan petugas-petugas yang sedang giat mencari mangsa dan semoga mangsa juga ditemui secepat mungkin.

Sumber: Astro AWANI

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.