Kejamnya! Dirompak dan dirogol sebelum dihumban ke kebun, ini kronologi kes jenayah mengejutkan

19 Jun 2023 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SIAPA sangka, hanya menjalankan urusan jual beli kereta, tercetus satu kes jenayah yang sangat menakutkan.

Itu yang berlaku ke atas seorang wanita yang juga seorang penjual kenderaan di Indonesia.

Lapor Kompas, mangsa dipercayai bertemu dengan seorang lelaki yang dikatakan ingin membeli kereta daripadanya.

Janji temu tersebut dibuat pada 10 Jun lalu di pinggir jalan di Plaza Cibubur, Jakarta Timur.

Menurut laporan polis, mangsa yang menunggu suspek kemudiannya dipelawa untuk masuk ke dalam kereta.

image is not available

Mangsa tanpa berfikir panjang terus masuk dan duduk di kerusi penumpang hadapan tanpa menyedari seorang lagi lelaki bersembunyi di seat belakang.

Suspek pertama kemudian memandu kereta menuju ke sebuah jalan dengan alasan mahu ke tandas.

Tanpa berfikir sesuatu yang buruk akan berlaku, wanita itu akur dan tunggu di dalam kereta.

image is not available

Nak dijadikan cerita, suspek kedua yang bersembunyi tadi kemudian menutup mata mangsa dan mengikat mangsa menggunakan tali tape.

Apa yang lebih kejam, wanita itu dirogol di kerusi belakang oleh suspek sambil kenderaan dipandu rakan subahat.

Tak cukup dengan itu, semua barang kemas, telefon pintar waima kad ATM juga dirampas.

image is not available

Suspek juga memaksa mangsa untuk memberikan nombor pin ATM sebelum mencampak mangsa di sebuah kebun di Kemang, Bogor, Jawa Barat.

Nasib baiklah mangsa masih selamat walaupun mukanya penuh dengan tali tape.

 

Orang ramai yang berada di tempat kejadian membantu mangsa dan dibawa ke hospital.

DITAHAN POLIS

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Kedua-dua suspek berjaya dicekup pihak berkuasa di lokasi berasingan pada tiga hari selepas kejadian.

image is not available

Sebelum itu, mereka sudah pun menjoli duit mangsa berjumlah RM1,544 yang dicuri daripada ATM selain menjual barangan kemas.

Lebih menjengkelkan, alasan rompakan dan rogol bergilir-gilir itu disebabkan tekanan ekonomi.

Mereka juga mendakwa tidak berkerja, tetapi perlu menyara keluarga. Memang tak masuk akal!

image is not available

Perompak terbabit masih ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Mesti mangsa trauma dengan kejadian tersebut. Difahamkan, beliau masih menerima rawatan psikologi di hospital.

Kejadian itu menjadi iktibar buat wanita lain supaya lebih berhati-hati.

image is not available

Meskipun mahu bertemu client, tempat pertemuan mestilah publik dan ramai orang.

Moga kisah ini menjadi pengajaran buat semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi