Kejayaan atlet Malaysia di persada dunia

28 Aug 2022 • 11:00 AM MYT
Abdul Muhaimin
Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing

Image from: Kejayaan atlet Malaysia di persada dunia

Photo by Pixabay from Pexels

Dunia sukan kini semakin terkenal dan meluas di seluruh dunia. Ia juga dipengaruhi dengan perkembangan media dan teknologi. Hal ini dapat memudahkan para atlet dan peminat sukan mendapat akses maklumat tentang keputusan, maklumat pertandingan, video dan sebagainya. Dengan perkembangan ini, sekaligus dapat menaikkan kualiti atlet dan pembangunan atlet itu sendiri. Di Malaysia kini ramai atlet yang telah berjaya menempah nama di persada dunia sehingga ada yang dilabelkan sebagai lagenda sukan berikut.

Sukan skuasy

Ratu sukan skuasy negara Datuk Nicol Ann David telah menjadi ikon sukan negara sejak beliau mewakili negara seawall tahun 2000. Anak jati Pulau Pinang ini, beliau juga pernah dinobatkan sebagai pemain ranking nombor satu sukan skuasy dunia selama sembilan tahun. Pencapaian luar biasa ini sangat sukar ditandingi oleh mana–mana atlet buat masa sekarang. Menurut Berita Harian, beliau telah menjadi pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia. Kejayaan ini membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan atlet dan individu yang berkualiti, berkaliber dan bertaraf antarabangsa.

Sukan badminton

Seorang lagi ikon sukan sangat terkenal di Malaysia adalah Dato’ Lee Chong Wei. Beliau juga yang berasal dari Pulau Pinang telah bersara. Beliau juga telah digelar sebagai pemain lagenda dunia badminton. Semua kejuaraan badminton dunia telah beliau juarai kecuali Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia Badminton. Beliau juga telah merangkul lebih 100 trofi antarabangsa menjadikan beliau pemain badminton paling kaya di dunia, menurut The Vocket.

Sukan berbasikal

Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan berita kurang baik dengan serangan jantung jaguh berbasikal trek negara Dato’ Azizulhasni Awang yang berasal dari Terengganu. Beliau yang telah merangkul kejuaraan dunia pada tahun 2019 menjadikan beliau ikon sukan negara berbasikal. Beliau juga telah memenangi pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020. Beliau juga kini menetap di Australia kerana menjalani latihan yang terbaik dari jurulatih beliau iaitu John Beasly. Menurut iLabur, beliau juga digelar The Pocket Rocketmen kerana susuk tubuh yang kecil mampu memberi saingan di peringkat dunia.


Abdul Muhaimin adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav.

Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.