Kejayaan Bonnie Bukti ‘Anak Kampung’ Boleh Berjaya Di Peringkat Antarabangsa

13 Oct 2024 • 10:34 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bonnie Bunyau bukti usaha gigih boleh mencapai kejayaan

Kejayaan Bonnie Bukti ‘Anak Kampung’ Boleh Berjaya Di Peringkat Antarabangsa. Dilaporkan, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, kejayaan atlet angkat berat paralimpik, Bonnie Bunyau Gustin, membuktikan bahawa status sebagai seorang ‘anak kampung’ bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

Sagah memuji Bonnie atas sumbangan besar yang telah diberikan kepada Sarawak dan Malaysia di persada dunia.

image is not available
Kejayaan Bonnie Bukti ‘Anak Kampung’ Boleh Berjaya Di Peringkat Antarabangsa. Sumber foto: NST

Kejayaan Bonnie di Sukan Paralimpik Paris

Beliau berkata dalam majlis makan malam penghargaan yang dianjurkan oleh Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) cawangan Serian di Serian pada malam Jumaat, kejayaan Bonnie di Sukan Paralimpik Paris menunjukkan kepada dunia bahawa dengan usaha gigih, sesiapa sahaja boleh mencapai kejayaan.

Bonnie, yang berasal dari sebuah kampung di Serian, sekali lagi membuktikan dirinya sebagai atlet terbaik dunia dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg) apabila berjaya mempertahankan pingat emasnya di Sukan Paralimpik Paris 2024 bulan lalu.

Beliau bukan sahaja mengekalkan gelarannya tetapi turut memecahkan rekod dunianya sendiri iaitu 231kg, dengan mencatat rekod baharu sebanyak 232kg pada percubaan terakhirnya.

image is not available
Sumber foto: The Star

Keahlian seumur hidup sebagai ahli DBNA

Pada majlis tersebut, Bonnie telah

Sementara itu, Timbalan Presiden DBNA, Dr Charlie Ungang berkata, pemberian anugerah keahlian seumur hidup kepada Bonnie mencerminkan penghargaan DBNA terhadap individu Bidayuh yang telah mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Dato Henry Harry Jinep, Ahli Parlimen Serian Dato Sri Richard Riot Jaem, Penasihat kepada Premier Sarawak Datuk Amar Michael Manyin Jawong dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Semuja, John Ilus.

Lagi artikel mengenai Bonnie Bunyau di sini: