'Kejayaan ekonomi tidak diukur melalui angka pertumbuhan semata-mata' - Akmal Nasrullah

LocalBusiness & Finance
14 Aug 2026 • 5:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Kejayaan ekonomi tidak diukur melalui angka pertumbuhan semata-mata' - Akmal Nasrullah
Akmal Nasrullah Mohd Nasir

SHAH ALAM - Kejayaan ekonomi negara yang mencatat pertumbuhan enam peratus pada suku kedua 2026 tidak boleh diukur melalui angka semata-mata.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, ia perlu diterjemahkan kepada peningkatan pendapatan, peluang pekerjaan dan kuasa beli rakyat.

"Pertumbuhan enam peratus pada suku kedua menunjukkan ekonomi Malaysia terus mempunyai momentum yang kukuh walaupun berdepan persekitaran global yang mencabar.

"Namun, kejayaan ekonomi tidak boleh diukur melalui angka pertumbuhan, yang lebih penting ialah peluang pekerjaan yang lebih baik, peningkatan pendapatan dan kuasa beli rakyat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini Kementerian Ekonomi memaklumkan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 6.0 peratus pada suku kedua 2026, meningkat daripada 5.4 peratus pada suku pertama tahun.

Prestasi itu menjadikan pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tempoh separuh pertama 2026 sebanyak 5.7 peratus berbanding 4.5 peratus dalam tempoh sama pada 2025.

Menurut kementerian itu, pertumbuhan berkenaan disokong oleh permintaan domestik yang kukuh, prestasi eksport elektrik dan elektronik (E&E) yang menggalakkan serta pertumbuhan sektor perkhidmatan dan pembuatan.

Dalam pada itu Akmal Nasrullah menjelaskan, kerajaan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) akan terus memantau perkembangan ekonomi dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kesan perkembangan luar terhadap rakyat serta perniagaan dapat ditangani secara berkesan.

"Tumpuan MTEN kepada empat langkah utama iaitu menjamin bekalan, memanjangkan tempoh bekalan, mengekang kenaikan harga dan memanfaatkan peluang ekonomi.

"Keutamaan adalah untuk memastikan bekalan kekal mencukupi, harga terkawal dan aktiviti perniagaan dapat diteruskan, di samping memanfaatkan peluang baharu daripada perubahan ekonomi dan rantaian bekalan global," ujarnya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved