‘Kejayaan Ku Yee Aleng membanggakan’

21 Dec 2023 • 1:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUNAK: Atlet wanita daerah Kunak, Ku Yee Aleng berjaya meraih pingat emas acara lompat tinggi wanita pada Sukan Sabah (Saga) ke-10 yang diadakan di Kompleks Sukan Tuaran, pada Selasa lalu.

“Kejayaan itu sangat membanggakan kerana atlet wanita kita dapat meraih pingat emas dalam acara lompat tinggi malah beliau berjaya memecahkan rekod lama Sukan Sabah,” kata Timbalan Ketua Kontinjen Saga Daerah Kunak, Hussin Mohd Rais, Rabu.

Ku Yee Aleng berjaya mencipta rekod dengan catatan 1.59m dalam acara akhir lompat tinggi wanita, sementara peserta dari Sandakan, Satra Hajad di tempat kedua dengan lompatan 1.55m.

“Beliau akan mewakili Sabah dalam Sukan Malaysia (Sukma) yang diadakan di Sarawak tahun depan,” kata Hussin.

SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more Rekod lama Saga dalam acara lompat tinggi wanita dicatat oleh Michelle Cornellius Lucas dari Penampang dengan pencapaian 1.57m pada 2017.

Dalam perkembangan sama, Hussin yang juga Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kunak berkata, satu majlis khusus meraikan kemenangan dan pencapaian atlet dari Kunak akan diadakan selepas Sukan Sabah berakhir.

“Saya bersama Pegawai Daerah dan Pegawai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan berbincang mengenai perkara ini khususnya bentuk penghargaan yang akan kita sampaikan kepada atlet yang berjaya mendapat pingat dalam Sukan Sabah Saga,” katanya.

Sementara itu, beliau juga melihat keperluan fasiliti sukan perlu diberi perhatian di daerah Kunak terutama kemudahan Kompleks Sukan yang sudah lama dinantikan.

“Kita memerlukan satu kompleks sukan yang komprehensif dimana atlet atau pelajar-pelajar kita boleh berlatih di atas trek yang sesuai.

“Atlet Kunak atau anak-anak kita sebelum ini terpaksa berlatih di atas padang rumput biasa dan apabila mereka menjejaki atau terpilih menyertai acara olahraga atau acara sukan lain di luar daerah atau peringkat lebih tinggi mereka perlu menyesuaikan diri di atas trek balapan di mana-mana kompleks sukan,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.