Sukan Sabah ke-10: Atlet Tambunan pecahkan dua lagi rekod kejohanan

21 Dec 2023 • 1:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Dua lagi rekod dipecahkan oleh atlet Tambunan dalam acara trek pada Sukan Sabah (Saga) ke-10 pada Rabu.

Abernetha Elissa Tadius mencatat masa baharu 14.96 saat dalam acara 100m lari berpagar wanita untuk memenangi pingat emas.

Rekod lama 15.15s dicatatkan 10 tahun lalu oleh Agnes Lescoin Philip dari Penampang.

Veeronica Seibit dari Ranau menduduki tempat kedua di belakang Abernetha dengan catatan masa 15.49s dan atlet Keningau, Cassandrsa Joanna Patrick di tempat ketiga dengan 15.59s.

SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more Satu lagi rekod dicipta oleh pemenang pingat perak acara 100m lelaki Dexter Bedie yang mencatatkan 22.02s pada saingan separuh akhir acara 200m lelaki untuk mengatasi rekod berusia enam tahun milik Muhd Din Norbik dari Kota Belud yang mencatatkan 22.09s.

Kedua-dua pemenang 100m lelaki, Hanssen Yap Soon Fu dan pemenang pingat gangsa, Pengiran Aidil Auf Hajam tidak mengambil bahagian dalam acara itu.

Saingan akhir acara 200m dijadualkan berlangsung hari ini pada jam 3.10 petang.

Hanya tiga saingan akhir diadakan dalam acara trek dan padang pada Rabu.

Dalam acara 5000m lelaki, Nikos Tai Lee On dari Lahad Datu merangkul emas dengan masa 16:54.92s diikuti oleh Mohd Ahsan Atta Ur Rahman dari Beaufort (17:27.12s) dan Muhd Dzulfikri Matin dari Kota Kinabalu (17:27.65s).

Emas acara 110m lari berpagar lelaki dimenangi oleh Muhd Izz Zaidi Junaiday dari Kudat dengan catatan masa 15.51s diikuti oleh Muhd Ilham Jaffar dari Kalabakan (15.52s) dan Muhd Fazrul Nizam Ajah dari Lahad Datu (15.82s).

Enam perlawanan akhir dalam Wushu diadakan pada Rabu tetapi hanya dua yang diumumkan secara rasmi ketika berita ini ditulis.

Emas lelaki Wushu Chanquan dimenangi Ericsson Bong Chen Loong dari Kota Kinabalu, perak menjadi milik Lee Sien Zhang Putatan dari Putatan dan Ignatius Chong E Noch dari Penampang meraih gangsa.

Dalam acara Nanquan lelaki, Lee Sien Bin dari Tawau memenangi emas dengan perak dimenangi Devoray Mysol Denny dari Nabawan dan gangsa dimenangi Simon Wilson dari Kota Kinabalu.

Dalam acara ragbi, Keningau menunjukkan kehebatan mereka dengan merangkul gelaran lelaki dan wanita.

Bagaimanapun, pasukan lelaki terpaksa bertungkus lumus sebelum menewaskan Sandakan 12-7 pada masa tambahan ‘sudden death’ selepas kedua-dua pasukan terikat 7-7 pada masa biasa, manakala pasukan wanita mudah membelasah Tuaran 17-0 pada perlawanan akhir.

Sementara itu, Kota Kinabalu kekal di tangga teratas dengan 11 emas, empat perak, 10 gangsa diikuti Sandakan dengan lapan emas, tiga perak dan tujuh gangsa, manakala Tawau di tempat ketiga dengan lima emas, lima perak dan empat gangsa.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.