Kejohanan Badminton Allianz Media 2025: Pasukan Astro Muncul Naib Juara

19 Jul 2025 • 3:14 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Kejohanan Badminton Allianz Media 2025: Pasukan Astro Muncul Naib Juara

Pasukan Astro kali ini terpaksa akur dengan juara kali ketiga, New Straits Times, pasukan media terkemuka dengan jumlah kemenangan terbanyak sejak kejohanan itu dirasmikan pada 2019.

Tempat ketiga disandang Sin Chew Daily manakala gelaran Plate menjadi milik Bernama.

Kejohanan Badminton Allianz Media yang kelima menampilkan 11 pasukan termasuk pasukan Allianz Malaysia. 

Astro Arena dan Sin Chew Daily merupakan dua tambahan terbaharu yang membuat penampilan sulung tahun ini. 

Kejohanan itu dimainkan dalam format round-robin, menampilkan dua kategori Beregu Lelaki dan satu kategori Beregu Campuran.

"Ini adalah kejohanan Badminton Allianz Media kami yang kelima, dan ia sentiasa menjadi masa yang sangat saya nantikan kerana ia adalah peluang untuk kami berinteraksi dengan rakan media kami di luar kerja. 

"Tahniah kepada semua pemenang hari ini dan saya berharap dapat berjumpa anda lagi tahun depan," kata Sean Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad yang juga kapten pasukan badminton Allianz.

image is not available

Semasa perlawanan akhir antara NST dan Astro, Astro menang satu kategori (Beregu Lelaki 2) manakala NST menang satu perlawanan (Beregu Lelaki 1). Satu lagi perlawanan (Beregu Campuran) sebenarnya berakhir dengan ‘walkover’ apabila skor dihentikan pada 17-16 disebabkan kecederaan kaki seorang pemain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved