Kejohanan Badminton Remaja Dunia: Malaysia Kalahkan Sweden 5-0

18 Oct 2022 • 8:16 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Siti Nurshuhaini Azman - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Malaysia memulakan kempen  acara berpasukan campuran merebut Piala Suhadinata pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia dengan mengalahkan Sweden 5-0 di Santander, Sepanyol, semalam.

Malaysia, dalam kumpulan A, mengutip mata pembukaan apabila  pemain perseorangan lelaki negara, Justin Hoh menewaskan  Eric Ramstedt 21-10, 21-10. sebelum menambah mata kedua menerusi pemain perseorangan wanita, Siti Nurshuhaini Azman.

Siti Nurshuhaini mengalahkan Khushi Harakamani 21-12, 21-12.

Beregu lelaki negara, Muhammad Fazriq Mohamad Razif- Wong Vin Sean mengesahkan kemenangan Malaysia apabila menyingkirkan pasangan Victor Morskogen-Daniel Strom, 21-12, 21-9.

Beregu wanita negara, Ong Xin Yee- Carmen Ting terpaksa berhempas pulas selama 50 minit sebelum mengalahkan Elin Ohling-Elin Ryberg, 21-18,17-21, 21-16 manakala mata terakhir diperoleh beregu campuran negara, Bryan Jeremy Goonting-Lee Xin Jie selepas mengatasi Mio Molin-Sofia Stromvall, 21-16, 21-23, 21-15.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A, juara bertahan Indonesia mengalahkan Latvia 5-0.

Hari ini, Malaysia akan berdepan dengan Latvia manakala Indonesia menentang Sweden.

Malaysia akan menentang Indonesia, Rabu ini.

Sebanyak 38 negara dalam lapan kumpulan mengambil bahagian dalam acara berpasukan campuran itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved