Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia: Malaysia hampir ikat AS

24 Sep 2023 • 7:46 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Malaysia pada Isnin akan menghadapi Jerman bagi aksi kedua di Stadium UM Arena. - Foto Astro Arena

SKUAD bola sepak pekak Malaysia hampir mengikat Amerika Syarikat dalam aksi pertama Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Dunia di Stadium KLFA, Cheras malam tadi.

Selepas dibolosi tiga gol dalam separuh masa pertama, skuad negara mula meningkatkan momentum dalam babak berikutnya.

Megat Aniq Muqri menamatkan penantian buat Deaf Tigers apabila merembat masuk jaringannya pada minit ke-64.

Mohd Akeem Mikail kemudian menambah satu lagi jaringan pada minit ke-77 tetapi keputusan 3-2 kekal sehingga ke wisel penamat.

Malaysia seterusnya akan menghadapi Jerman bagi aksi kedua di Stadium UM Arena pada Isnin ini. - Astro Arena

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved