Kejohanan Dunia 2025: Skuad Wushu Negara Bawa Pulang Lima Pingat Emas

8 Sep 2025 • 12:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kejohanan Dunia 2025: Skuad Wushu Negara Bawa Pulang Lima Pingat Emas

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) — Skuad wushu negara terus menampilkan aksi cemerlang apabila meraih pingat emas kelima pada hari terakhir Kejohanan Dunia ke-17 yang berlangsung di Brasilia, Brazil, semalam.

Pingat emas tersebut disumbangkan trio wanita negara yang dibarisi Tan Cheong Min, Lee Jia Rong dan Pang Pui Yee dalam acara Duilian selepas meraih 9.630 mata.

Pingat perak acara itu dimenangi trio Itali yang meraih 9.623 mata manakala trio Hongkong meraih pingat gangsa dengan 9.613 mata.

Sementara itu, trio lelaki negara yang dibarisi Clement Ting Su Wei, Si Shin Peng dan Bryan Ti Kai Jie turut tidak kurang hebat apabila menyumbang pingat gangsa dalam acara Duilian selepas mengutip 9.613 mata.

Pingat emas milik trio Macau yang mengumpul 9.620 mata manakala pingat perak diraih trio Hong Kong dengan catatan jumlah mata yang sama tetapi dibezakan menerusi faktor darjah kesukaran.

Secara keseluruhan Malaysia menamatkan kempen Kejohanan Dunia edisi ke-17 dengan meraih lima emas, satu perak dan dua gangsa.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved