Kejohanan Dunia: Pearly-Thinaah raih slot pusingan ketiga

23 Aug 2023 • 11:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pearly (depan) dan Thinaah mengalahkan pasangan Scotland dalam saingan pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia di Denmark pada malam Rabu. - Foto Badminton Photo

BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah melangkah bergaya ke pusingan ketiga dalam Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark pada malam Rabu.

Mereka mengalahkan Julie Macpherson-Ciara Torrance dari Scotland menerusi kemenangan straight set 21-15, 21-10 pada pusingan kedua dalam tempoh 33 minit permainan yang berlangsung di Royal Arena.

Pada set pertama Pearly-Thinaah diberi tentangan sengit oleh Macpherson-Torrance, namun gandingan nombor 11 dunia itu pantas membaiki permainan untuk meraih slot ke pusingan ketiga.

Kemenangan itu menyaksikan Pearly-Thinaah mengulangi pencapaian edisi lalu apabila mara ke pusingan ketiga.

Bagaimanapun, mereka terpaksa akur dengan kekalahan 16-21, 16-21 kepada gandingan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.

Pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu bakal membuat perhitungan dengan pasangan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara.

Dalam pada itu, skrip berbeza buat satu lagi beregu wanita negara, Anna Cheong-Teoh Mei Xing yang melakukan penampilan kedua pada edisi kali ini.

Mereka gagal mengiringi Pearly-Thinaah ke pusingan ketiga setelah kalah kepada wakil Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai 13-21, 11-21.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved