Kejohanan Dunia UCI: Himpitan besar di selekoh ketiga rencat kayuhan dan kelajuan saya -- Azizulhasni

19 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Kejohanan Dunia UCI: Himpitan besar di selekoh ketiga rencat kayuhan dan kelajuan saya -- Azizulhasni

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, mendedahkan dua insiden himpitan ketika perlumbaan suku akhir menjadi antara faktor yang menggagalkan usahanya untuk melangkah ke separuh akhir acara kegemarannya iaitu keirin pada Kejohanan Dunia UCI di Shanghai, China.

Azizulhasni berkata, beliau merancang untuk melakukan pecutan pada pusingan terakhir selepas memulakan perlumbaan dari kedudukan belakang, strategi yang sering dia lakukan seperti sebelum ini.

Bagaimanapun, insiden melibatkan pelumba Poland di selekoh pertama dan satu lagi himpitan di selekoh ketiga menjejaskan momentumnya. “Ketika melakukan pecutan, saya dihimpit pelumba Poland selepas memasuki selekoh pertama, namun saya masih meneruskan kayuhan.

“Bagaimanapun, berlaku sekali lagi himpitan besar di selekoh ketiga yang merencatkan kayuhan dan kelajuan saya sehingga menyebabkan saya terkandas di kedudukan terakhir," katanya dipetik dari Sinar Harian.

Mengulas kegagalan itu, Azizulhasni mengakui kecewa kerana tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, namun menerima keputusan berkenaan sebagai sebahagian daripada risiko dalam acara keirin. "Saya mengambil sepenuh tanggungjawab atas prestasi saya ini," tambah Azizulhasni.

Datuk Azizulhasni Awang turut memberi tumpuan kepada usaha mengumpul mata kelayakan ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028, selain memastikan persediaan fizikal berada pada tahap terbaik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved